Alin, 20 yrs-old, KUL/MYS, PASSION for cats, food and travelling.
Tips bercuti ke Krabi, Thailand
Monday, December 22, 2014
Assalamualaikum & selamat petang. Bukan main panjang title aku hengkoo. Seperti yang di janji kan aku akan share dengan korang total plus itu ini semua semasa percutian ke Krabi haritu. Ayuh mulakan ehem....

Krabi is a nice place to holiday with family, friends or bf/gf laki/bini korg. Perbelanjaan pun tak lah keluar banyak mana duit. Kena pandai bajet ok? First thing is kene confirm your date, but me tak confirm atau apa pun. Ternampak airasia flight ticket to Krabi ada promotion terus book tanpa pikir panjang. Nak pikir2 dulu memang lesap lah harga murah tu. I know sangat airasia macam mana. For your information aku dah pernah pergi before this to Krabi. Pergi masa hari raya aidilfitri hari tu. So sedikit sebanyak dah tahu sikit Krabi ni macam mana, ada apa and what what semua.

So 5-November my flight depart from KLIA2 at 1.30pm everything going well. No delay no problem. Sampai je Krabi Airport at 1.55pm haa ya waktu kita dengan waktu di Thailand mereka lambat sejam je dari Malaysia. Duit ThaiBaht aku dah tukar awal2 dekat KL sebab if tukar dekat airport or Thailand rate sangat mahal ok. Sampai2 je airport terus beli ticket bas to Ao Nang. Sebab from airport to Ao Nang mengambil masa 45minit like that la untuk sampai.


Tiket bus tu macam ni. THB150/pax (RM15/seorang) and dia akan hantar sampai depan hotel korang. Just cakap je dekat dia hotel korang punya nama. Even if hotel korang tu jalan sempit mean bus tak boleh masuk dia akan stop kan kita dekat 1 tempat then ada tuktuk yang akan pick-up kita and send sampai depan hotel. Hari tu hotel tempat aku stay jalan dia sempit so kena tunggu tuktuk hantar kan. Jangan risau tak ada bayaran yg akan di kena kan. Cool services right?

Sampai-sampai je hotel terus mandi sebab dalam bas dah mandi peluh, panas gila katakoo, aircond tak serupa aircond angin macam kipas ada ah. Seat belakang sekali pulak tu (padan muka sendiri sebab lambat). Lepas mandi rilek-rilek kejap then keluar carik makan sebab perut dah laporr. Dekat sini makan mahal sikit, ada yang murah tapi yang murah tu jumpe time dah nak balik Malaysia hahahaha.




Dekat area sini lah aku makan, masa mula-mula datang Krabi semasa raya haritu dan semasa aku pergi lagi sekali 5-Nov bulan lepas. Tempat ni berdekatan dengan Krabi Resort. Jalan je straight ke atas lagi (if korang dari beach) then akan nampak deretan gerai2 makan ni ok? Jangan risau majoriti makanan kat sini semuanya halal-halal. Harga tu hmm boleh lah. Rasa? Ok la setakat nak bagi perut kenyang. So lepas makan, pergi cari travel agent untuk aktiviti esok. Aku beli packages Island Hopping Phi Phi Island packages, naik speedboat. THB1100 (RM110) ok la kot aku rasa harga tu ada yang kata boleh dapat lagi murah. Tp malas nak tawar2 lagi dah. Lagipun aku sorang bukan ramai & masa tu tengah peak season. Harga tu dah included insurance, makan & pick-up from hotel. Tp yang menyirap balik dari Island Hopping tu dorang suruh balik sendiri mana yang hotel dekat-dekat. Geram jeeeeeee, dah ah penat. By the way masa aku pergi tu kebetulan ada sambutan Festival Loy Krathong, wahhh serius taktahu pun ada festival masa aku pergi tu. Malam tu memang Ao Nang happening katako. Mat rempit thailand bukan main bersepah. Tp aku tak pedulik semua tu sebab perut aku lapar dari balik Island Hopping lagi. Apa lagi ronda-ronda la cari kedai makan nak melantak. So kali ini baru la terjumpa kedai makan yang sedap and serius lepas ni if pergi Krabi lagi memang makan dekat situ je. Nama kedai tu Rohanee Restaurant, halal and akak yang masak tu pandai cakap bahasa kelantan. Senang okeyyyy. And kedai dia ada sambal belacan hahahahaha harga pun okay.



Ini paling aku suka sekali dekat Rohanee Restaurant tu. Chicken stir curry haa something likethat la nama menu ni. MEMANG SEDAP SANGATTTT-SANGATTTTT. Teringin niii huwaaaaa. K enough pasal makan. Kang teringin tak memasal, mana nak carik? Lagi 1 if korang 1st time pergi Krabi jangan lupa try dorang punya pancake! Banana nutella is always be my fav, kenapa Malaysia tak adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???!!


Ni dia banana nutella pancake. Serius 2 kali aku order, habis je 1 tu terus order lagi 1 macam orang tak makan sapoloh tahun. Lagi2 makan time pancake tu tengah betul-betul panas aduhh heaven nyeeee. Aku rasa ni jela benda menarik di Krabi yang aku boleh share dengan korang, actually banyak lagi aktiviti yang menarik yang ada dekat sana, tapi aku ni jenis tak minat adventure. Snorkeling pun berapa saat je aku masuk pastu naik boat balik hahahahahhaa. Snorkeling dekat Krabi tak ada la cantik mana dia punya view maybe sebab Tsunami dulu dah rosakan banyak hidupan laut yang comel-comel tu. Betul ramai orang cakap Malaysia punya lagi cantik. Meh aku share sikit view yang menarik masa aku buat Island Hopping :-

Yang ni tak ingat apa nama :( Tapi lepas lalu viking cave dia akan lalu sini pula.

BAMBOO ISLAND

VIKING CAVE
Bajet perbelanjaan-

Flight-- RM160 *pergi balik by Airasia. Sekarang MAS dan MALINDO pun ada flight from KL direct to Krabi ok?
Makan-- Setiap hari dalam RM30++
Souvenir-- Dalam RM150++
Island Hopping-- RM110
Tiket bus dari airport ke hotel-- RM15
Teksi dari hotel ke airport-- RM60 *private car, means if kau sorang je so kau sorang je. Tak akan campur dengan orang lain.
Shopping dekat 7E sepanjang berada dekat sana-- RM90++ *termasuk beli rokok 6kotak, tapau pocky, megi tomyam, air bertin tin and etc. (7e dekat thailand is my fav store, dah la murah pastu macam2 ada!)

Tips-----

1- Sentiasa usha web Airasia and Malindo. Sebab kadang2 ada promosi.
2-Compare harga hotel dekat TripAdvisor, sebab agoda, expedia or booking.com harga semua tak sama, sometimes agoda murah sometimes expedia lagi murah. So kena rajin okay if nak berjimat?
3-Kalau rajin, beli lah packages Island Hopping masa korang dah sampai dekat sana, sebab if beli direct dari sana berganda murah daripada korang beli dekat Malaysia. And survey semua travel agent yang ade dekat AoNang tu. Kalau kedai A tu liat sangat nak bagi discount pergi je Kedai B. Buat muka kesian macam kucing kelaparan mesti dapat murah sikit haha tapi kena ingat juga dorang pun carik makan... Kesian lah sikit, jangan la mintak harga tak masuk akal k haha
4-Kalau nak sewa motor, better sewa motor dengan hotel yang korang stay tu, sebab if sewa motor dengan kedai luar majoriti mereka nak passport korang sebab deposit. Tp kalau korang sewa dengan hotel dorang taknak pun passport korang tu.
5-Check google date yang korang planning nak pergi Krabi tu CUACA CUN KE TAK CUN. Sebab kalau korang pergi masa musim hujan laut bergelora, buang masa je k. Tak dapat nak buat aktiviti laut, kalau dapat buat pun maybe tak semua pulau dia akan pergi. OK?
6-Tukar duit thaibaht awal-awal dekat Malaysia. Sebelum tukar duit tu check dia punya rate dulu, ada setengah money changer melampau-lampau diorang punya charge. Biasa nya kalau korang pergi masa cuti sekolah or peak season memang rate akan naik yerrr.

So enjoy to siapa-siapa yang planning nak bercuti di Krabi tu ok? Ini je kot rasanya yang aku nak share. If ada lagi nanti aku tambah ok?